Showing posts with label Precious. Show all posts
Showing posts with label Precious. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Khausar Saeed



Hari ni hari meroyan sedonia... sebabnye...............

Hari ni dh training antar Khausar ke Nursey BondaMama Presint 11....

Siannye Khausar Ibu... abg Khaliff dulu start anto pon dh dekat 6 bulan... Rase Khausar cam kecik sangat dh bagi org lain jage... Sedihnye.....

Ibu kene kuat. Chaiiyokk!!!

Wednesday, November 2, 2011

Full Paying Patient (FPP) Putrajaya - Episod 2



Ya... Kembali bersiaran kita di hari Rabu ini. (Sebenonye dh draft dari senin lagi...huhu)

Janji nak update pasal FPP ni kan... Kang lagi lama simpan lagi lupa la tragedi hari tersebut...
Jom start.
Hari Kejadian : 27 October 2011 (Khamis)
Masa : 10 pagi (sampai kat HP dlm kol 9.40 camtu... konon nak tepati mase ler)
Trus pegi kaunter 1 utk register n ahkak nurse tu soh trus ke sebelah Kaunter 2
Cakap pong pang pong pang dengan abg nurse.. eh, ke kerani yek... hantam sajalah....
Die soh bayar RM110 n die bagi resit, buku kecik n kertas no giliran....


Pastu trus ke sini

Letak buku merah kat Kaunter Ahkak2 nurse tu, pastu xlame pastu nurse tu panggil untuk ambik bacaan berat badan dan tekanan darah..... Pehtu die suh pi wat test air kencing plak. Kene wat sendiri ye.... Slalu kat klinik nurse tu yg buatkan... Ni kene celup sendiri and tunjuk kat nurse nnt diorg catitkan resultnye je....

Lepas dh habes sume tu, nurse soh duduk sampai no giliran di panggil......
Di situ bermula la episod menunggu sehingga kejang ye puan-puan...
En. Husben dah bape kali terlelap. Si Khaliff ni ha pon sempat tetido sebab penat dah die lari2, main2 area situ.... Sian die bosan......

Siap pi tanya nurse kat kaunter, nurse giliran saya lambat lagi ke?...
nurse tu belek2 kertas die... Die cakap, giliran puan selepas no ni, satu je lagi. Pastu die tambah perisa lagi... Patient dokter Hamidah mmg ramai dan slalu lambat habis... Haihh.......

Bayangkan appointment kol 10 pagi dapat jumpe dokter Hamidah pukul 1.40 petang.... Adoila....
Hmmm.... Sabar jela... Sib baik dokter Hamidah tu lembut je n die explain balik..
Pagi tadi saye ade emergency (patient die bersalin kot), pastu plak smalam (Rabu) cuti Deepavali tu yang patient ramai sgt tu.....

Lepas borak2 sikit, scan 2D sume... adela dlm 15  minit je kot. Baby K Alhamdulillah sihat, berat 1.6kg, normal. Lepas dh siap sume n set next appointment kitorang pon balik...
Hmmm... dh lambat masuk opis... dh le opis jauh...... :(
Siap request lagi kat dokter Hamidah, next appointment saye amik petang ye sbb kalu telajak/telambat/teramai/teradeemergency pon at least saye dh masuk opis paginyer.... :(


TIPS arini - Kalau tak sabar nak menunggu, sila pilih dokter-dokter lain yg kurang patientnya ye..... Sape? Cube try tanye ahkak nurse di situ, dokter mane yg jarang orang booking. Tp pendapat saye la kan.... mane le cukup 4 orang dokter utk FPP ni.... 2 orang je lak tu dokter pompuan.... Dokter Noraihan pon mesti la bz sbb die Head O&G... Hmmmm..... Sabar je lagi.........




Last but least... ceewah... sisipan gambo abg Khaliff yg bosan x hengat dah di hari kejadian.....

Start meragam....
Sian die..... sampai tertonggeng-tonggeng dah ..... haih....




Sunday, October 30, 2011

Petua banyakkan susu badan

Petua banyakkan susu badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis


Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Note : Di kopipes dr fesbuk n utk simpanan sendiri :p

Friday, October 21, 2011

Full Paying Patient (FPP) Putrajaya - Episod 1

Yay... ribba... ribba (gila meroyan dah ni :p)

 Mari upload gambo dulu...








Hari kejadian : 19 / 10/ 2011 (Rabu)
Masa Kejadian : 8.30 pagi

Tips 1 : Sila jangan terjah terus ke Hospital Putrajaya ye adik2 & kakak2 yang ghase2 berminat dengan Skim ini..... Anda adalah tidak dilayan memandangkan orang lain ramai yang dh que & yang dah appointment dengan Hospital utk hal2 lain. (Kejadian di Kaunter 1-Kaunter Register). Tp kalau x ramai orang, diorg layan le kot.... Tp dlm hati ni ade mini taman sikit le... sbb kan...........................

Aku : (Terus gi ke depan tanye trus kat nurse). Nurse, saya nak register FPP Scheme. So macam mane?
Nurse1 : Puan dah wat appointment?
Aku : Blom, saya nak register dulu pastu baru nak setkan hari utk appointment dengan dokter sbb confirm kene tggu dokter available dulu kan....
Nurse1 : Oh, kat sini x boleh puan, puan kene call dulu, pilih dokter, set appointment baru bleh register. Dan buat masa ni org ramai dan saya tak boleh nak explain details ttg FPP ni...  
(Haih, susah sgt ke? Org nak register & bayar dulu je pon)
Aku : Abestu macammane? Sbb saye dh datang ni. At least bagitau le saye kene tunggu ke ape ke?
(Aku still lagi tunggu depan dia)
Nurse1 : Xpe, puan ambik pamplet ni dulu dan call no ni.... (refer gambo kat atas tu)
Mase tu rase ade sikitle nak meroyan. Hmmm... sabo je la......

Tp hati ni x puas lagi ni... pimpin tangan Khaliff bawak gi playroom kat situ. Duduk n aku trus call no yg die bagi... Bapak aiii.... Ade la 4, 5 kali aku kol baru ade orang angkat. Hampeh betol.

Aku : Hello...... saye Siti. Saye nak register FPP Skim, so ape prosedur nya?
Nurse2 : Puan dah dpt penerangan tentang Scheme ni?
Aku : Blom, Tp saye dh tahu serba sedikit & saye ade kat hospital ni sekarang, tp nurse kate x boleh register.
Nurse2 : Owh yelah, orang ramai sekarang ni... xpe, puan tinggalkan contact puan nanti kitorang akan hubungi puan semula....
Aku : hmmm.... 019-***1721. Name : Siti ........ binti S...   (ok, ltk)
Awatla, hampa x mintak awai2 td kat kaunter... x payah la... aku nak telepon bagai kan.... Sabor lagi..................
Meroyan aku x abes di situ saja ye puan2... Ada lagi.......
Aku tunggu sampai ke petang (kol 3 camtu) xde pon org kol... So aku pon kol la Hospital balik.... (nampak beno x sabo)

Aku : Hello, Saye Siti ......., pagi tadi saye kol mengenai FPP dan sampai sekarang saye belom dapat kol dari Hospital utk penerangan Skim ni.....
Nurse3 : Owh... yelah.... kitorang x sempat kol lagi....(what!!! abestu bile ko nak kol aku). Ye puan dah pilih doktor?
Aku : (La, ko x terangkan lagi kat aku pon camne skim ni, mls nak pjg citer aku trus jwb) Erm...saye pilih Dokter HAMIDAH. (memandangkan aku dh wat survey & blogwalking merata2 kan)
Nurse3 : Utk pengetahuan puan, ramai patient yang pilih dokter Hamidah & schedulenya selalu penuh.... so xpe... saye tgk dulu camne. Puan dah berapa minggu mengandung?
Aku : 30 minggu.
Nurse3 : Ooo.. masih boleh lagi.... Bile last puan check-up dkt Klinik Kesihatan?.
Aku : Last week saye ade buat BSP kat Klinik dan esok saye ade check-up lagi.
Nurse3 : Ni kandungan yg ke berapa puan?
Aku : Yang ke-2
Nurse3 : Ok, kalau macam tu saye akan arrangekan appointment dengan dokter Hamidah, tp x dpt tarikh cepat ye puan, biasenya sebulan atau 3 minggu selepas puan check-up di Klinik Kesihatan.... 
Aku : Bile saye boleh tahu tarikh appointment tu?
Nurse3: Paling cepat, saye akan call puanbalik  petang ni lah...
Aku : Ok, saye tunggu dan boleh saye tahu dengan siapa saye bercakap?
Nurse3 : Staff Nurse M****i (xyah expose lah kot, kang kene saman plak kan)

Tips2 : Sila tanya name staff nurse tersebut. Sebab nnt senang, kalu die x kol balik senang sket nak sembur ke hape ke kan... Hahahaha....

Ok, adekah staff tersebut menelefon pada petang tersebut... Hmm... tidak ye puan2... Esok petangnya dalam kol 5 petang baru die kol. 

Nurse M : Hello puan Siti, saye Staff M dr Hospital Putrajaya. Puan nak register Skim FPP kan. Appointment puan ialah pada 27 / 10 / 11 (Khamis) 10 pagi.....
Aku : Owh ye ke, cepat plak dpt appointment yek. Dokter Hamidah still bleh handle ke kalau dh byk sgt patient yg booking die.
Nurse M : Nak buat mcmmane, sekarang patient mmg ramai. Dokter Noraihan pon bz jugak sbb die head O&G.
Aku : Oooo.... ok... (dlm hati ni dok kate, ye la yg ade pon 2 je dokter pompuan. Sila la tambah lagi kan. Lagi 2 org dokter lelaki, Dr. Hazim & Dr. Azmi. Dan sah2 le ramai nak dokter pompuan kan....)

Sebenanye ade lagi aku borak2 ngan staff M ni. Die gak ade citer, skang ni mmg ramai sgt la yg beranak. Penuh sume spital (Hospital Putrajaya & Serdang). Sampaikan Staff Nurse Putrajaya sendiri pon kene bersalin kat spital Kajang sbb spital Putrajaya penuh.... Ish...ish.... hmmm..... Subur sungguh la penduduk M'sia nih... Tambah2 lak area Putrajaya nih.... huhu :p

Kay nnt sambung Episod 2 plak. Tp tunggu lepas appointment tu lah ye... hik hik... (update seminggu sekali kekdahnya).....


Monday, October 17, 2011

Current Checklist/Wishlist



Current Checklist/Wishlist

1. FPP Scheme (Full Paying Patient) in Putrajaya Hospital (Budget RM3500)

Setelah penat berfikir semasak-masaknya, akhirnya daku memilih untuk mendaftar skim FPP ni....  Walaupon terpaksa korek2 duit simpanan huhu.... 
Ni ayat copy from sorang blogger ni... "pinjam yek"

"i don't care, no matter how 'sengkek' we are, duit boleh di cari. rezeki insyaAllah Tuhan bagi, but my experience and memories during labour are priceless! i want it to be beautiful and most importantly free from any harm. i can't imagine myself being treated like an animal. i just can't. and i won't let it happen. call me 'manja','perasan' or 'berlagak' or whatever names you want, i don't care as long as i have a safe and beautiful moments during my labour"
 
Dah 2, 3 kali dengar citer pengalaman kawan2 dan juga kawan se-ofis yang baru lepas beranak. Putrajaya & Serdang Hospital mmg dh sesak sgt skang. Sesak dengan orang yang nak bersalin :(

Kes 1 :  From my husband friend. She's oredi dilated 2cm (Hospital Putrajaya). Disebabkan katil xde. Diorang di transferkan ke Hospital Serdang.... Sampai kat Serdang doktor check/seluk, die kate "boleh balik rumah dulu... lambat lagi ni"...... what!!! kejap tolak sane, kejap tolak sini. Yang laki die dah panik dah berkejar ke sana sini.....
Kes 2 : Ni citer dari my officematenyer wife. At first die pegi Hospital Serdang, bleh plak sorang nurse ni cakap "Adik, katil xde la... penuh, tp kalau nak bersalin kat sini jugak boleh tp kene bersalin atas lantai la..... ". Pastu pegi Hospital Putrajaya plak. Baru sampai kat pintu ade sorang nurse ni cakap "Dah penuh, memang x bleh masuk dah".......

Owh sungguh sadis citer2 mereka......
Sesungguhnya penduduk Putarajaya tiada kelebihan pon. Dah confirm x boleh booking situ, kalau dah penuh,  diorang akan tolak/transfer ke spital lain..... :(. Dan kalau sume spital penuh camne? Bile dah patient ramai sangat, for sure ade nurse yang layan teruk kan... sebab diorang pon penat kot kan.... Ish..... riso teman memikio nih!

Dan sesungguhnya "duit" itu adelah kelebihan... sob....sob.....

2. Katil (Budget RM200)

Nak cari katil untuk letak kat bilik bawah. Mintak-mintakle jumpa yang murah dan berkenan di hati.

Spec : Nak size Queen, rendah, murah... huhuhu :p

3. Swift GX (Budget d/p RM7000)


Owh..owh.... ini memang idaman kalbu sejak dari dulu....
Baru2 ni SMA lancarkan Swift GX dengan rege RM65,888 plak tu....
Hmm... tp x gi pon lagi booking. Husben dok pening sbb pk bini die nak banak dah, pastu bini die meroyan nak amik kete baru plak ... ish...ish.....

4. Medela Freestyle (Budget RM800)

Gila lah budget dapat murah... sebabnya member husben cakap die bleh dpt harge murah if beli masa Krismas (kat US) nnt. Memang harga runtuh punyo....
Tp kalau xdpt... pakai jelah breastpump The first Years yang lame tu dulu. InsyaAllah ok lagi kot....


5. Set Bersalin NR (RM375)

Time Khaliff dulu, tok yang buat sendiri rempah ratus. Kali ni kene cari sendiri sebab tokwan dah xde nak carikan segala mak nenek bahan-bahannye........


6. Drawer + Baby preparation (RM100)

Nak cari plastic drawer yang simple & cun. Kat mane bleh jumpe yek?.
Pastu nak tambah sket baju2 newborn tuk dak kecik ni.....


7. Bouncer (RM200)

Ni pon ade gak... huhu. Time abang (Khaliff) dulu x pakai pon. Saje je nak try.
Hmmm... tu je kot buat masa ni... hehehe........






Wednesday, September 7, 2011

It's a BOY... Alhamdulillah




Sehari dua ni, orang dok cita pasal raya je...

Hmmm.. meh nak citer pasai baby plak....
Pada hari kejadian, bersamaan 5 Syawal, kitorang gi wat 3D/4D scan kat SS2, PJ dan keputusannya adalah...... BoY!... hmmm... pengsan mak nak...
Khaliff dapat Geng bergomol la pasni.....  

Papepon, Alhamdulillah semuanya nampak sempurna insyaAllah....
Semoga selamat, sihat, sempurna dan dipermudahkan segalanya nanti.... Amiin........

meh tgk gambo dak kecik dlm perut nih.....

Muke sejibik abangnye.... hidung pesek lagi.. ish... ish....
Nampak tak? tut... tut...
Sibuk tutup mata dia.... time dia tido ni.....

Papepon Alhamdulillah sgt2.... siap en. husben kire jari lagi cukup ke x? haish...
Mentang-mentang la geng ayah... Bile nak dapat geng ibu ni.....
Smalam jumpe Ms. Thama, teacher tadika Khaliff. Borak punye borak tercerita pasal gender baby dlm perut. Ms. Thama beria-ia cakap, it is okay, it is good. Die cakap lagi Hindus believes that it is good for a family if they had 2 elder boy and then add a girl after that.
Siap bagi example family die lagi..... She had 2 sons and 1 daughter. Semuanya pilih bidang doktor. Yang sulung dh nak grad dah pon from Moscow dan x lame lagi nak balik M'sia dah... Sonok nye dengar die citer..... Bangga seorang ibu melihat anak-anaknya berjaya.... priceless!!!.....

Wah... trus bersemangat... huhu... Pasni kene usaha gigih untuk dapatkan gegerl plak..... hahaha...

Yang satu ni pon blom lepas dah berangan kan.... 
Nnt jd cam pas branakkan Khaliff dulu... Ngerinye rase bersalin, rase cam tak mau dah branak. Last2 memboyot jugak lagi... haih......


Kay, dahlah membebel... skang ni tgh pulun carik nama Boboi. Nama gegerl kene simpan dulu la......



Babai..... :)

Monday, May 9, 2011

Alhamdulillah.....

Entry gambar semata-mata..... :p
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu ya Allah.... walaupun kami tidak menjangkakan secepat ini...

Alhamdulillah........

Wednesday, February 23, 2011

Ntah le....

Hari-hari before nak gi keje mesti rasa bersemangat nak update blog... 
Tp bila dah sampai opis... kemalasan melanda... 
Keje opis banyak? Xla jugak....

Haishh...... apo la nak jadik hrmm....
Tatau nk letak ape... ltk video khaliff je lah ye.....

Video lama je pon.... Mase Khaliff 7 bulan.....

Ishhh.... ape ke hay nye asyik letak video Khaliff mase baby je ni... Ngidam nak ade baby baru kah........ Hahahhaahahahahahaha...........

Aku nak pregnant tp takut nak beranak..... ha camna tuh...... ish...ish...ish.......

Tuesday, August 25, 2009

sedey larr...

Tuesday, 29 August 2009

Ari ni ari 1st Khaliff di jage oleh org lain dan bukan diriku...
Sedey larr... Risau kang die nanges jer...
Dah le x pandai nk minum susu gune botol...
Mintak2 le Khaliff ok... Khaliff gud boy kan...kan...

Td baru kol Kak Faridah bbsitter. Die ckp Khaliff asyik main2 je bile bagi susu dlm botol... Last2 die bg nestum n pastu Khaliff trus tido...
Alhamdulillah xdela meragam sangat..
Ingatkan nk kasi Khaliff Solid food mase 6 blan... Ni baru 5 blan+ dh makan...
Xpelah asalkan anak iu sihat n x meragam sgt...
Kang kalu Kak Faridah tu xnak jage mampos...

Khaliff behave okay... Nnt Ibu belikan baju baru n mainan byk2...
Mmuuahhsss...

Thursday, July 30, 2009

FeveR

Khaliff demam yesterday... 1st time nih
Cian die... Asyik merengek je...
Apelagi.. tross call en Suami inform pale Khaliff panas...
before dat kitorang mmg cadang nk gi klinik (KK)coz dh one week Khaliff x poo-poo...
but x decide nk gi on dat day ke or esoknye...
Last2 end up die demam plak...

HubBee balik n decide to go Lita Alis not to KK
It's about 38degC

N malamnye merengek gakle...
gamba will update later.

Tuesday, July 28, 2009

Presenting....

Malas + x brape reti lagi nak hapdet blogspot ni...
So wat mende laen dulu... huhu..
My Baby You... Khaliff Yusuff Mohamad Syazwan

The different within one month

Age = seminggu

Age = dua minggu

Age = tiga minggu

Age = empat minggu