Showing posts with label Bee. Show all posts
Showing posts with label Bee. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Penting!!!

Perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Friday, September 30, 2011

JIKA

 Buat tatapan lelaki yang bergelar suami.....


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..


Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.


Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,


jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.


Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”


Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..


TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..


SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .


PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..


Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..


Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..


Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .


Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..


Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..


TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.


Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Friday, December 17, 2010

FAMILY : Ayah


 Centahati saya


Anakku Khaliff Yusuff...
Hari ini ayah berbicara dgnmu...Esok lusa mungkin kelu
Hari ini ayah mengucupmu...Esok lusa mungkin kaku
Hari ini ayah memelukmu...Esok lusa belum tentu
Hari ini ayah ada dgn mu...Esok lusa siapa tahu...

Anakku Khaliff Yusuff...
Ayahmu bukanlah org yg berharta...Jgnlah kau kecewa
Ayahmu bukanlah org yg tinggi ilmu...Jgnlah kau berasa malu
Ayahmu bukanlah orang2 suci...Jgnlah kau keji
Ayahmu bukanlah org mulia...Jgnlah kau berasa hina
Kerna sesungguhnya kamu itu ahli syurga...Dan kamu sentiasa dalam peliharaanya.

Anakku Khaliff Yusuff...
Satu hari ayahkan pasti pergi...Jgnlah kau susah hati
Satu hari ayahkan pergi jauh...Jgnlah kau mengeluh
Satu hari ayah akan diusung...Jgnlah kau murung
Satu hari ayah akan disemadikan...Jgnlah kau gusarkan
Kerna sesunnguhnya kamu itu ahli syurga...Dan kamu sentiasa dlm peliharaanya

Anakku Khaliff Yusuff...
Walau satu hari Ayah tiada...Ingatlah kamu akan beberapa perkara...

- Jgn sesekali menggandakan yg tunggal
- Jgn sesekali menyekutukan yg satu
- Jgn kau abaikan 3 insan yg paling penting dlm hidupmu

Pertama - IBUMU
Kedua - IBUMU
Ketiga - IBUMU
- Jgn kau lalai dgn yg lima sebelum tiba yang lima
- Jgn pernah kau berburuk sangka pada-NYA
- Jgnlah kau putus asa akan kasih sayang-NYA

Ingat anakku...Kita ini dagang dan akan kembali dagang...Dan ayahmu pasti akan pulang... Wallahualam...


Ayat-ayat di atas telah di ubah suai untuk simpanan/koleksi di masa depan...
Sungguh tersentuh dengan ayat-ayat puitis En. Blacks Punklimahitam ni...
Kredit to him Blacks Punklimahitam


Monday, November 29, 2010

CONVERSATION HUSBAND AND WIFE : Baju Batik


Di pagi Khamis yg syahdu (ceewah...). Ketika sedang bersiap-siap untuk ke office....

----------------------------------------------------------------------------------------------

BEE : TEE nape tak iron kan baju batik yang baru... (Hari pakai baju batik untuk pekerja GOMEN).

TEE : Laa... kan awak dah pakai last week, eh last two week. (info : last week En. Husband cuti Raye)... Nak pakai gak ke baju tu...

BEE : Hmmm... tak pelah....

TEE : Awak ni... kan biasanye saya akan rotate baju2 awak tu.... Kecuali la awak request awal2 kan.... Takkan la sebab ada baju baru, baju lama dah tak nak pakai....

BEE : Ye la.... Habis madu sepah di buang kan....

TEE : Amboi2.... boleh plak disamakan dengan baju....takde kene mengena yek!... (Pitching nade tinggi sket)

BEE : (Ketawa berdekah-dekah)
----------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar hiasan. Kredit to Google

ps : Hmm.. macam-macam....

Tuesday, November 16, 2010

Just The Way You Are


Bruno Mars - Just The Way You Are [Official Video]





Dear my luvly hubBEE, please sing this song to me tonite......
Pretty pliss.... huhu....
Entry meroyan sebab esok Hari Raye AidilAdha(ade kene mengena kah)


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA....... (walaopon esok cuti sehari saje)...


Apekah yg telah kite korbankan atau berkorban pada tahun ini..... Renung-renungkan dan selamat beramal......




with luv: TEE

Wednesday, October 6, 2010

Blogku... oh ke Bulan....

oooooh....... sudah ke laut blog ini ghupenye....
lamenye x hapdet..

Cite puase nan ado
Cite raye pon nan ado...

Ape yg ado.... ape pon x ado...

Nak citer pasal pagi nilah.... Kalu korang kan.. korang menci x tgk encek suami pagi, petang, siang, malam asyik main game je... Akak tensen yu'olls.....
inilah die, menatang yg akak menci sgt tuh... Dari mula kawen sampai la skang ni... menatang ni maseh sehat... rase nak hempuk2 je.... Tp ni statement si dia "Kalau rosak, saye beli baru" tskkk... sunggoh sedey rase di hati, kalau belikan i rantai emas ke x pe la jugak....
Tpkan my pakcik cakap, nnt sampai satu tahap, lelaki (suami) akan stop sume mende2 mengarut ni.... Tp bilakah akan sampai ke "tahap" itu....
Game di atas adelah all time faveret die...... Dah x bleh nak kate ape dah.... Cakap macam mane pon die bo...layan arrr....
Pastu, kalu die bosan die main game kat bawah ni plak....
Haiishh... cek dah x bleh nak kate ape dah.... terime jelah... nak buek camno... laki den juo....
Terima kasih pokcik gugel atas gambo2 diatas............